Halaman Rumah Aku

Nuffnang Ads

Pengikut

08 Jun 2012

Cinta Shanxi

sempena dgn himpunan belia di putrajaya baru2 ni... gerai KPKK telah menjemput ramai artis2 terkenal salah satunya adalah pemilik NS Star Sdn. Bhd iaitu Darling Ngasri... sangat2 friendly then tak sombong... suke borak2 ngn darling yang penting dia suweet sgt2...


*comel x kami berdua...hohohohoh

so bagi peminat darling then nak meleaskan kerinduan boleh la menonton air tangan terbaru terbitan NS Star Sdn. Bhd iaiti Cinta Shanxi yg di tayangkan di RTM 


EPISOD: 13 episod
MULAI: 18 April ini,
HARI: setiap Rabu,
MASA: 9 malam di TV1.
PELAKON: Lisdawati (Shenly/Safiah), Ako Mustafa (Zarul), Amyza Aznan, Anne Ngasri, Aidil Aziz dan Rashidah Jaafar

Sinopsis
Drama Cinta Shanxi ini mengisahkan Zarul, pemuda dari Malaysia jatuh cinta dengan Shenly, gadis keturunan Haan ketika mereka bersama-sama menuntut di Shanxi dalam bidang perubatan akupuntur sehingga akhirnya mereka berkahwin walaupun ditentang hebat keluarga Zarul.

Shenly memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Safiah. Momen indah mereka berdua apabila berkahwin pada musim bunga dan Taiyuan City menjadi saksi cinta mereka. Kesedihan mula menyelubungi hidup Safiah kerana selepas setahun berkahwin, Zarul terpaksa pulang ke Malaysia kerana ayahnya sakit tenat dan ibunya, Datin Mariam meletakkan syarat Zarul mesti pulang bersendirian kerana dia masih tidak dapat menerima Safiah sebagai menantu.

Mulanya Zarul enggan kembali ke Malaysia tetapi selepas Safiah memujuknya dia bersetuju dan berjanji akan kembali ke Shanxi selepas urusan di Malaysia selesai dan membawa Safiah pulang bersama. Selepas sebulan Zarul kembali ke tanah air, Safiah rasa lain kerana Zarul hanya menghubunginya buat kali terakhir selepas seminggu Zarul tiba di Malaysia. Safiah tidak sabar untuk memaklumkan berita gembira kepada Zarul mengenai kehamilannya.

Pernikahan mereka turut tidak disenangi Adi, teman sekuliah mereka yang meminati Safiah. Dia menerima cadangan ibu Zarul untuk memisahkan suami isteri itu dengan menyebar fitnah Zarul curang dengan wanita lain dan perkara ini sangat mengecewakan Safiah.

Di Malaysia, Zarul akhirnya mengambil alih syarikat ayahnya selepas Datuk Halim meninggal dunia. Wasiat Datuk Halim yang mahukan Zarul meneruskan perniagaan warisan keluarga itu membuatkan Zarul tersepit dan akhirnya akur untuk terus menetap di Malaysia dan berkahwin dengan Tiara, menantu pilihan ibunya.
Ketika Safiah hamil tujuh bulan, dia datang ke Malaysia untuk berjumpa Zarul.

Peristiwa sebaliknya berlaku di mana Datin Mariam menyambut kehadiran Safiah dan dia terkejut Safiah yang mengandung. Datin Mariam ingin merampas anak Safiah. Rancangannya berjaya dengan membohongi Safiah yang anak dilahirkannya meninggal dunia. Safiah kecewa lalu pulang ke Shanxi.

Bertahun-tahun berlalu, Zariq, anak lelaki Zarul dan Tiara jatuh cinta dengan anak orang gaji yang tinggal di rumah mereka, Zahara. Zahara adalah anak Kamisah, orang gaji yang bekerja di rumah Datin Mariam. Tiara tidak dapat menerima hakikat mengenai hubungan Zariq dengan Zahara. Dia cuba memisahkan Zariq dengan Zahara sehingga mengugut Kamisah supaya membawa Zahara pergi. Kerana cinta mereka yang mendalam, Zahara dan Zariq tetap utuh bersama.

Namun saat Zariq berterus terang untuk mengahwini Zahara, semuanya terbongkar di mana Zahara bukanlah anak kandung Kamisah. Siapakah Zahara yang sebenarnya? Dapatkah kekejaman dicipta Datin Mariam dibongkarkan dan sekali gus menyatukan kembali pasangan Zarul dan Safiah?

p/s : so enjoy watching on RTM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ahlan wa sahlan !!!
terima kasih kerana sudi tinggalkan komen...