Halaman Rumah Aku

Nuffnang Ads

Pengikut

29 Mei 2012

sekolah ku terchenta !!!

selama 7 tahun aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku S.M.K.C.R... yg mana disinilah suka duka aku sebagai seorang pelajar...


dimana aku mengenali kawan2ku, aku berlatih menjadi seorang olahragawati sekolah dan banyak lagi... kat sini aku nak  berkongsi logo skolah aku...mana-mana ex-students SMKCR bole la cekedaut okeh...




Maksud Logo
1 - Perahu : Kehidupan mejoriti masyarakat yang bekerja sebagai nelayan.
2 - Manusia berjubah : Kecemerlangan dalam pendidikan.
3 - Susunan tiga buku : Kepelbagaian ilmu yang perlu dituntut oleh pelajar.
4 - Lima jalur putih : Lima sekolah saluran.
5 - Angka 19 & 90: Tahun 1990 iaitu tahun sekolah mula ditubuhkan.
6 - Lencana pengakap : Gerakan Ko-kurikulum.
7 - Warna Biru : Perpaduan, ketenangan dan kesatuan.
8 - Warna Putih : Kebersihan dan kesucian.
9 - Warna Kuning : Kedaulatan raja-raja.
10 - Warna Merah : Semangat kental dan berani.

VISI DAN MISI SMKCR
Visi
  Merialisasikan sekolah cemerlang untuk menjadikan pelajar terbilang

Misi
Mewujudkan suasana pembelajaran kondusif melalui usaha membudayakan pengajaran berkesan ke arah melahirkan pelajar cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

PIAGAM PELANGGAN SMKCR
Piagam Pelanggan
Mengutamakan kualiti :
1 - Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan semangat tinggi,
2 - Menyediakan ransangan untuk menambahkan semangat belajar dan membina sikap positif serta mencapai kecemerlangan,
3 - Membina dan mengekalkan budaya cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum,
4 - Melahirkan pelajar yang bermoral tinggi, berakhlak mulia dan bertaqwa,
5 - Memupuk kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi dikalangan guru dan kakitangan sokongan,
6- Meningkatkan permaufakatan dan penglibatan PIBG secara berterusan dalam urusan pendidikan sekolah,
7 - Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, selesa dan indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ahlan wa sahlan !!!
terima kasih kerana sudi tinggalkan komen...