Halaman Rumah Aku

Nuffnang Ads

Pengikut

13 Julai 2012

anak kampung !!!

Tiada duet ku bawakau jalan-jalan...rumah pon tiada ada pon tuan rumah yang punya... hasiyhh !!! tetibe mood gile aku da datang... sebab apa mood gila datang sebab sampai sekarang gaji still xmsok-masok lagi... da seminggu pending kot abes kitaorg nk mkn ape... mkn megi... mau kerenteng rambut aku yang lurus seperti menggunakan teknik rebonding ni *ececeh masuk bakul ngkat sendiri nampak yela klu bkn aku sape lagi yg nak masuk bakul kan...

Hasiy xska la ini macam lu kerah wa bt itu kilija aa tapi lu xbayar2 wa punya gaji... ini mmacam wa mau makan bili guna apa maa... guna daun ka...

Uhhuuu...MA nak balek kg... sobs...sobsss


p/s : ini tidak adil... tidak adil pada diriku.....

12 Julai 2012

macam mana ni !!! help me please..

da nak dekat dua minggu da try nak log in kat NUFFNANG... but still xdpt2... aku tau la blog aku ni sendu je tapi xkan la smpai nak log in pon xleh... tlg la setelkan masalah ni... pleaseee....

adakah dia tidak di jodohkan buatku !!!

Ya Allah bagaimana harus aku melaui tarikh keramat dlm hidupku ini… tarikh 15 & 16 julai yang mencatakan seribu memori dlm hidupku… ya Allah kuatkah atiku ini ya Allah utk menjejakkan kaki pada tarikh2 terbabit tarikh di mana aku kehilangan seorang sahabat…kawan…kekasih…dan juga bakal suami *jika dia ada lagi di sampingku sekarang ini
Tarikh keramat ini menyaksikan org yang aku kasih, sayang dan cinta pergi utk selama2ny menghadap serua ilahi… ya aku kehilangannya dlm sekelip mata sahaja… ramai yg mengatakan aku xredha dengan kehilangan arwah tapi mereka xfaham mcm mna hilangnya org yg mereka syg dlm hidup mereka… ati aku bagai di rentap dengar berita tersebut… aku hilang segala2nya…bagaimana lagi harus aku nyatakan…
Berbekalkan dengan baju arwah selama 3 taun hanya bajunya sahaja yg menemani tidur aku selama ini… bila aku peluk baju arwah seperti satu ketenagan wujud dlm jiwa aku ini… kadang2 aku terfikir apabila syawal menjelma bila mana semua roh2 keluar untuk melwat keluarganya adakah arwah dtg utk melwat aku…rindukah arwah kepadaku…
Ya Allah tenagkanlah ati hambamu ini ya Allah… aku xnak arwah terseksa di sana setiap kali aku mengalirkan air mata ya Allah…


p/s : smoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan org2 yg beriman… Amin !!!

Mood keje zero !!!

aku baru je selesai menjalani kursus HRMIS Sub Modul TNT dan OT pada 9 julai - 11 julai 2012... memang best sesgt sebab byk benda bru kita blh blaja... tapi yg xbestny sbb arini aku kna msok keje... huwaa penat xabes lg kot... tp xpe la xbaik ngeluh klu keje ni kang xberkat plk gaji yg kita dpt...

oke la nti klu sempat aku upload la pic2 msa kursus ari tu then pic msa kat gua sang kelembai ari tu... oke bye...



p/s : pufff....zzZZZzzzzZZ


04 Julai 2012

Menjelajah Gua Sang Kelembai part 2

oke2 time tu update pic2 msa msk gua sang kelembai ari tu... firstly layankan dulu pic2 alam semulajadi then for the next part bru aku update pic weolls plak ye...

cekedauttt.................






































p/s : nantikan pic2 kami yg seterusnya...









































wordless wednesday # 6

Adoiii !!!

Adoi serious dan memang sangat serious sebab aku mmg xsempat nak hupdate belog aku ni... huwaaa... mcm mna boleh kebizian pon aku xtau la... da la dengan tenet yang senyek *slow dlm bahasa kelate menyebabkan aku xsempat nak hupdate...

Weekend da la memanjang je kebizian dengan berjimba2... dah tu bila lagi nak hupdatenya... so bersarang lebah, spider dan segala bagai la... dah tu jangan nak getis2 nape belog macam hancus je...
Uhhuuu... oke2 i admit it...


p/s : apesal aku nak sentap plk dis belog juz for suke suki je la...uhhuuu

26 Jun 2012

Kesan sumpahan Sang Kelembai


BAGI penggemar cerita mitos Melayu, watak Sang Kelembai pasti tidak dapat dipisahkan kerana kisah legenda itu sentiasa menjadi sebutan di beberapa negeri, terutama di utara tanah air.
Sang Kelembai digambarkan sebagai seorang budak lelaki yang tinggal di dalam hutan serta mempunyai kuasa sakti, manakala sumpahannya boleh menjadi batu.

Dia dikatakan gemar makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh. Pucuk dimakan, pangkalnya mati.
Akhir cerita, Sang Kelembai berjaya dihalau dari kampung setelah pohon buluh ditebang. Ini bertujuan supaya Sang Kelembai sukar mendapatkan makanan.

Ada banyak versi mengenai kisah Sang Kelembai, dan antara kesan sumpahannya ialah batu seakan-akan kapal di puncak Gunung Jerai dikatakan kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa serta batu di Bukit Tunggal yang menyerupai gajah di Kampung Gajah, Perak turut dikaitkan dengan sumpahan legenda itu.

Mitos Sang Kelembai turut disebut-sebut di Kodiang, satu kawasan di utara Kedah. Ini berikutan adanya batu seperti seekor kerbau dikatakan disumpah oleh budak itu di Gua Kerbau — satu daripada dua gunung di situ yang terkenal sebagai tarikan pelancongan.
Kisah itu antara daya tarikan Kodiang yang mendapat nama daripada perkataan Siam bermaksud bukit merah.

Menurut penduduk, Harun Hussain, 75, dari Kampung Kodiang Lama, keunikan bukit berwarna merah di tengah bendang itu menjadikan penduduk asal kawasan berkenaan sepakat menamakan kampung itu sedemikian.
Katanya, bukit itu juga banyak membantu pendapatan penduduk kerana tanahnya yang merah dikatakan boleh menghasilkan baja untuk petani pada masa dulu, selain tempat mencari najis kelawar untuk dibuat baja.

“Tidak pelik Kodiang menjadi pilihan kerana bahasa Thai sememangnya tidak asing bagi penduduk di situ berikutan adanya hubungan politik rapat dengan kerajaan Siam pada masa itu.

“Selain itu, Bukit Merah menjadi tempat orang dulu mencari akar kayu untuk perubatan seperti pokok manglai, tongkat ali dan lemba batu,” katanya.

Kodiang yang mempunyai dua kampung iaitu Kampung Kodiang Baru dan Lama, terletak di Mukim Keplu dalam daerah Kubang Pasu.

Kampung Kodiang Baru muncul apabila wujudnya pekan baru yang terletak ke utara sedikit dari kampung lama.

Kewujudan pekan Kodiang Baru adalah selaras dengan proses pembangunan dialami iaitu pembinaan lebuh raya menghubungkan Jitra di Kedah dan Arau di Perlis. Pertemuan persimpangan ini menyebabkan pekan Kodiang kini kian membangun.

Harun berkata, Kodiang dibuka sejak pertengahan kurun ke-14 lagi.

Ini berdasarkan fakta sejarah iaitu Kota Si Puteh pernah menjadi kota pemerintahan kerajaan Kedah selama 300 tahun (1321-1619) iaitu seramai enam keturunan kesultanan Kedah pernah bersemayam.

Menurutnya, ini terbukti dengan penemuan sejarah yang mengatakan Gua Kerbau di Kampung Kodiang Lama itu pernah menjadi pusat melatih tentera Kedah untuk menentang kerajaan Siam ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1804-1843).

Peranan penting itu dimainkan Tengku Anom dalam mengembalikan takhta kerajaan Kedah kepada Tengku Ahmad Tajuddin dengan menjadikan daerah Kubang Pasu sebagai pusat serangan.

“Di dalam Gua Kerbau ada satu kawasan yang mampu memuatkan 70 hingga 100 tentera bagi membuat latihan peperangan dalam sesuatu masa dan dikatakan juga ia adalah tempat persembunyian daripada tentera Siam yang sering berperang pada masa itu,” katanya yang juga generasi keempat di Kodiang.

Oleh kerana Kodiang pernah dijadikan pusat ketenteraan dan pentadbiran, dua golongan bangsawan terbesar masih mendiami kawasan itu iaitu keturunan ‘Ku’ dan ‘Syed’.

Difahamkan, gelaran ‘Ku’ datang daripada keturunan raja dari Kota Si Puteh dan ‘Syed’ pula daripada raja Perlis.

Harun berkata, jaringan keturunan itu tidak terhenti di situ saja kerana keturunan bangsawan di kampung ini juga mempunyai pertalian dengan raja Melayu di Satun, Thailand.


sumber : harian metro

Menjelajah Gua Sang Kelembai part 1

Lokasi : gua sang kelembai, Kampar, perak
Waktu : 11 pagi
Tarikh : 23 jun 2012

Sabtu yg lepas aku bersama2 dgn bdk2 satu ofis aku seramai 8 org termasuk mak n ayah akak seofis aku yg di bantu oleh juru pandu arah telah menjelajah gua sang kelembai di kamapar, perak.. sejujurnya mmg aku sgt kagum dgn ciptaan-Nya akan tetapi dlm kekaguman itu ade perkara-perkara pelik yg tlh terjadi kat kita org... memandangkan husband akak seofis aku pandai berubat tapi dgn cara yg betul la so ade sesuatu tlg mengikut kami balik bersama...
Kebetulan pula kami ade terambil batu yg kat gua tersebut... tapi juru pandu arah kate xpe amik so kitaorg amik la... tp xtau plk ade benda yg tinggal kat batu tu... takut tak yah ckp la mmg compom2 takut...
Kejadian yg paling menakutkan adalah apibila kete yg kami naiki melalui highway nak balik KL so aku dengan kawan aku yg kt belakang da tido...tapi tiba2 aku terkejut sbb abg jamal hentikan kete... so dia ckp pintu belah aku xtutup dengan rapat so aku tutp la... msh gak berkelip2 lampu sbb pintu xttp rapat... keempat2 pintu da kami tutup tp ttp berkelip2 lampu merah kat kete... so kwn aku yg naik kete satu lg dtg kat kete kami then tny nape so kami bgtau la pintu xrapat tapi aku suh dia try tgk bonet rapat ke x... tp ya Allah rupa2ny bonet x d tutp dgn rapat... kami pon pelik sbb tadi msa isi brg kami da cek mmg da d tutup... kami sma amik keputusan mendiamkan diri je...

So kami meneruskan perjlnan pulang ke KL... tp Alhamdulillah kami selamat smpai ke KL... abg jamal pesan smpai je kat umah bg salam then baca ayat kursi InsyaAllah xkan ade pape yg terjadi... smpai je umh aku mandi then siap2 tok tdo... mmg lena la tdo... tp bersyukur sgt2 sbb xde pape yg buruk terjd...

p/s: lps ni planning nak g makan setimboat plk...yipppee

15 Jun 2012

Marathon & Fasting or Fasting Marathon...

tengok tajuk entry pon aku da pening ni klu korang bce pon kompom pening gak...

tapi berbalik kpd tajuk entry aku ni sebenarny juz gedik2 nak taip yg aku berjaye pose 4 hari for dis week but for dis coming monday pon aku nak sambung lagi pose... tapi ari ni klu tak aku still lagi pose tapi sbb kat hopis nak buat Pok Luck *tu bahasa bos aku pttnya pot Luck hokey so aku tak pose la sebab ade makan2...siap dengan singgang ikan aye lg *ikan aye a.k.a ikan tongkol laa sedap tu kang klu aku pose kecur plk air liur ni...



 Tempe dan kentang sambal dengan ikan bilis nil lauk hari selasa


 Ini pon selasa gak *motip snap pic byk2 pon aku xtau la


chatime grass jelly fresh milk opkos la utk buka pose ari rabu...ermm so yurmie


Sup sayo plk menu berbuke utk pose ari khamis...abes semagkok aku mkn + nasi puteh..hehee



p/s: motip cite psl menu berbuke pon xtau la ukt gediks2 kot...eheee...