Ya Allah bagaimana harus aku melaui tarikh keramat dlm hidupku ini… tarikh 15 & 16 julai yang mencatakan seribu memori dlm hidupku… ya Allah kuatkah atiku ini ya Allah utk menjejakkan kaki pada tarikh2 terbabit tarikh di mana aku kehilangan seorang sahabat…kawan…kekasih…dan juga bakal suami *jika dia ada lagi di sampingku sekarang ini…
Tarikh keramat ini menyaksikan org yang aku kasih, sayang dan cinta pergi utk selama2ny menghadap serua ilahi… ya aku kehilangannya dlm sekelip mata sahaja… ramai yg mengatakan aku xredha dengan kehilangan arwah tapi mereka xfaham mcm mna hilangnya org yg mereka syg dlm hidup mereka… ati aku bagai di rentap dengar berita tersebut… aku hilang segala2nya…bagaimana lagi harus aku nyatakan…
Berbekalkan dengan baju arwah selama 3 taun hanya bajunya sahaja yg menemani tidur aku selama ini… bila aku peluk baju arwah seperti satu ketenagan wujud dlm jiwa aku ini… kadang2 aku terfikir apabila syawal menjelma bila mana semua roh2 keluar untuk melwat keluarganya adakah arwah dtg utk melwat aku…rindukah arwah kepadaku…
Ya Allah tenagkanlah ati hambamu ini ya Allah… aku xnak arwah terseksa di sana setiap kali aku mengalirkan air mata ya Allah…
p/s : smoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan org2 yg beriman… Amin !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ahlan wa sahlan !!!
terima kasih kerana sudi tinggalkan komen...