Halaman Rumah Aku

Nuffnang Ads

Pengikut

18 November 2011

saya prihatin...

bila aku baca kosmo keluaran ari ni 18/11/2011 psl ATLET 4x400 meter lelaki aku rasa sedih ngn nasib dorg ni...xleh ke hargai pengorbanan mereka dlm menyumbangkan emas tok malaysia, ni x asyik nk menganak tirikan aje...haisyy xfaham la...pape pon aku nk share sket cerita psl dorg tapi sumber ni aku dpt dari Kosmo la...ehee


berita 1

PALEMBANG - Skuad olahraga negara mencipta kejutan terbesar apabila kuartet 'bidan terjun' yang tidak langsung diletakkan harapan berjaya meraih emas dalam acara 4x400 meter lelaki semalam.
Penyertaan di saat-saat akhir itu tidak menghalang gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh untuk menyinar, sekali gus mengejutkan banyak pihak termasuk yang menghalang kedatangan mereka ke sini sebelum ini.

Kuartet itu mencatat masa 3 minit 10.47s untuk menewaskan juara bertahan, Thailand di tempat kedua dan Indonesia (ketiga). Catatan itu bagaimanapun jauh daripada rekod Sukan SEA, 3:05.47s.
"Kami berjaya menutup mulut mereka yang menghalang kedatangan kami ke sini. Kami berjaya buktikan dengan membawa pulang emas," kata Kannathasan.
Kejayaan kuartet 4x400 ini yang hanya baru tiba dua hari lalu akibat pelbagai halangan dan dengki khianat pihak tertentu bakal memberi satu tamparan hebat kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Ini kerana dalam menyenaraikan mereka ke Sukan SEA ini, berlaku tarik tali di mana pada peringkat awal mereka disenaraikan, kemudian digugurkan sebelum disenaraikan semula di saat akhir.
"Kami berjaya buktikan, walaupun datang di bawah kategori B dan di saat akhir, kami berjaya membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Sebagai rekod, kali terakhir kuartet 4x400 meter lelaki negara memenangi pingat emas pada temasya dwitahunan itu ialah edisi 2007 di Thailand menerusi rangkaian pelari Mohd. Zuslaini Mohd. Zafril, Zainal Abidin Muhammad Zaiful, Subramaniam Thipan dan Krishnan Amran Raj.
Sebelum ini, penyertaan kuartet emas negara itu berdepan pelbagai halangan ekoran beberapa kontroversi yang timbul membabitkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

berita 2
PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.
Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.

"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.


berita 3
AKHIRNYA dapat pingat. Setelah gagal untuk menerima pingat emas di Palembang disebabkan masalah menukar tiket penerbangan tempoh hari, barisan kuartet emas 4X400 meter negara menerima pingat masing-masing semalam.

Tiada sebarang majlis gilang-gemilang atau iringan nyanyian lagu Negaraku kedengaran, S. Kannathasan, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh hanya menerima pingat yang disampaikan jurulatih, Hamberi Mahat di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur semalam.
Selepas menerima pingat masing-masing, gandingan kuartet tersebut menerima tepukan daripada pengurus skuad olahraga negara ke Sukan SEA, Rajmah Sheikh Ahmad serta kira-kira 10 orang wartawan dan jurugambar yang hadir.

Malangnya, seorang lagi pelari negara, P. Yuvaraj sekali lagi terlepas untuk menerima pingat yang menjadi haknya kerana telah pulang ke Pulau Pinang untuk menghadapi peperiksaan.
Hamberi ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan berhubung insiden tersebut sambil menyifatkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) terutamanya Pengerusi Kejurulatihannya, Karim Ibrahim wajar dipersalahkan.
Kenyataan bahawa KOAM silap kerana memandang rendah kemampuan atlet tidak dapat diterimanya sama sekali.

Pasukan tersebut tidak hanya mendapat penerbangan lewat ke Palembang iaitu pada 12 haribulan yang menyukarkan mereka membuat persiapan, mereka juga tidak diiringi oleh jurulatih mereka, Hamberi, Tambukrishnan dan S. Jayabalan.
"Pengerusi kejurulatihan KOAM sepatutnya memiliki statistik yang kuat, perlu ada data-data, catatan masa dan kemampuan atlet.

"Bagi saya, jurulatih Tambukrishnan dan S. Jayabalan, kami sudah mengenal pasti kemampuan atlet kami. Sebelum sukan SEA, catatan terbaik (larian 400 meter) atlet Asia Tenggara 47.6 (saat) sahaja, sedangkan dua daripada atlet pasukan ini telah mencatatkan 47.7, seorang 47.8 dan 48.1 saat.
"Pasukan ini sepatutnya tidak boleh dipinggirkan, sekiranya dibandingkan dengan atlet kategori B yang lain, itu yang menjadi persoalan dan pengerusi kena jawab perkara ini," katanya.
Hamberi turut berpendapat pihak KOAM wajar untuk meminta maaf berhubung insiden tersebut.
"Kalau dia nak minta maaf, memang wajar. Bagaimanapun dia sepatutnya lebih telus, ini untuk negara bukan peribadi.

"Saya harap empat orang atlet ini diberi pendedahan lebih, walaupun mereka berlari dalam keadaan tertekan, mereka boleh buat sesuatu yang membanggakan negara.
"Ini termasuk juga dengan atlet lain seperti Roslinda Samsu dan Noraseela Khalid sentiasa dalam keadaan tertekan disebabkan pengurusan KOAM, namun masih boleh menyumbangkan sesuatu untuk negara," katanya.

kenapa smpai jd mcm ni...fikir2 kan lah..






2 ulasan:

barbaro berkata...

PECAT JE TERUS KARIM TU.... DIA NIE MEMUSNAHKAN IMPIAN ATLET NEGARA... MELUNTUKKAN SEMANGT ATLET NEGARA... PATUT DI PECAT DAN DIGANTIKAN DENGAN ORANG YG LEBIH BRKELAYAKAN... PECAT KARIM.....

barbaro berkata...

thniah atlet 4x400m walaupun dihalang tpi msih gah meraih pingt... saya sngt terharu dengan pencapaian anda... truskan perjuangan anda..kami rakyat malaysia sntiasa menyokong kejayaan anda.. lupakan persngketaan dalam koam..mgkin ini masanya koam akan dorombak semula... ada kebaikan disebalik kejayaan ini... tahniah...

Catat Ulasan

ahlan wa sahlan !!!
terima kasih kerana sudi tinggalkan komen...