Halaman Rumah Aku

Nuffnang Ads

Pengikut

22 Disember 2011

takdir Allah

jika telah tertulis bukan jodoh kita dengan org yg kita syg wlu mcm mna kita pertahankan sekalipun tetapi jika tertulis "bukan" terimalah ia dengan seadanya... jika maut yg memisahkan kita dengan tersayang terimalah ia seadanya...redha dengan qada dan qadar yg telah di tetapkan ilahi...Amin!!!

20 Disember 2011

Alhamdulillah biarlah ape org nak kata!!!

People keep talking
They could say what they like
But all I know is
Everything's gonna be alright !!!

07 Disember 2011

wordless wednesday

allah menyayanginya lebih dari aku menyayanginya

05 Disember 2011

Clean and polish your car with #maxshinecentre #milkadeal

Clean and polish your car with #maxshinecentre #milkadeal

fenomena ombak rindu!!!

semalam msa ngah syok rest2 kt umah aku dpt col dri my housemate yg kebetulan kuar g jalan TAR beli tudung tok akak dia...tetiba dia msg aku suh siap2 kuar g midvalley...


aku heran la...nak bt ape kat midvalley ni klu nk shoping gaji xmsok lg..pokai ade la...tp dia suh siap2 gak bla dia balik nti...


da siap2 tu dia ckp dia nk banje aku tgk wayang cite "ombak rindu"...owh oke...da smpai sna ade tiket tok 9:50 P.M je yg available lg...so xpe la kitaorg amik yg 2...


cite sal movie ombak rindu ni...so far so good la...tapi bab izzah baca yasin 2 gosh mengalir air mata aku...sayu gile...anyway bnyk gak la yg beza dri cite asl tapi okey la 5 star la aku bg...


p/s credit to my housemate aku kak azura yg banje tgk movie!!!



02 Disember 2011

tunggu ape lagi...moh la kite!!!

kerana sesungguhnya menuntut ilmu biar sampai ke negara China...

p/s nk tuntut ilmu mmg kna smpai ke negara China je ke negara lain mcm mna plk....uhuuu~

disember akhirnya menjelma

cepat tul la msa berlalu tup...tup da msok bln disember da...haisy keje byk lg yg tertangguh pas 2 next month da nk msok 2012 da...O.M.G


so pade sape2 yg blom lg melunaskan keje2 tahun 2011 ni cpt2 la setelkan or mna2 azam taun 2011 yg belum lg tertunai so tunaikan cpt2...klu dpt la kn...ehee...


so enjoy bulan terakhir tahun 2011 ni...smoga inya mencatatkan serinu satu kenangan manis utk kita sma...

30 November 2011

pakat g rmai2

25 November 2011

pot luck...yurmiee!!

aku klu ade pot luck kt hopis mst aku pelik... da mkn byk2 pon still selim river gitu...tp xpe la janji perut kenyang...wink2..~

di dalam engkau aku melihat arwah...

hampir 3 tahun arwah pergi tapi aku still xdapat melupakan arwah!!! frankly speaking i'm really2 miss him...cettt!! ape aku mengarut ni da lari daa dari topik...

sbnrnya mmg ade sangkut paut pon entry aku ngn mukadimah aku td...kna berkait sbb kat HQ tempat keje aku ni ade seorang hamba Allah ni yg perwatakan dia sebijik ngn arwah...aku cuba utk abaikan tapi xleh sbb aku nmpk arwah dlm diri dia...

seriously aku cuba utk tau sapa dia since 1st time aku jumpa dia msa dia dtg kat ofis aku utk bt corporate video..msa first dia dtg mata aku mcm terpaku tok melihat ke arah dia...msa aku praktikal kat HQ dlu xde pon aku tersempak ngn dia padahal ofis dia kat sebelah je...haisyhh!!

aku pon da xtau nk watpe lg...tp tiap kali aku lihat dia tetibe aku jd sedih..uwaaaaaku terus teringatkan arwah!!!

ahhh!!! ape la ko ni emo sgt...da xmo emo2...papepon aku sentiasa berdoa smoga arwah d tempatkan dlm kalangan org2 yg beriman...amin..

24 November 2011

true or not...

selalu sgt kita mendengar couple2 sllu sebut "bila sy rindu awk sy mst tgk pic awk...xdpt tgk org tgk pic pon da leh lepas rindu da"...hurrrmm tapi betul ke...perhaps la kn...


tapi lain plk ngn pendapat dafi menerusi lagu beliau bila terasa rindu..
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh... 
yg penting lain org lain pandangan kan...yg penting hepi2 sokmo... ~_^v..


23 November 2011

sekodeng!!!

dlu masa first baca dis belog aslny mmbe2 kat tempat praktikal la yg suggest suh baca sbb katany ni awek KFCM...so aku layan la dis belog...sejujur2ny aku katakan pada mulany mmg aku xbpe gemar ngn penulis belog ni sbb aku rasa entry dia entah pape tapi at last setelah aku bca entr2ny dan mengikuti perkembangan dis belog aku dapati it's really2 amazing... 


sekarang ni seawal pagi apabila aku smpai ofis aku mst jenguk dis belog tok tau ape perkembangan dis belog...so far alhamdulillah byk input yg aku dapt from dis belog...


tenkiu jejariruncing...(go...go gurls) ~_^ 

go malaysia go

setelah kejayaan malaysia bagi skuad B-23 mempertahankan emas mereka di sukan Sea dua hari lepas. sekali lagi skuad bimbingan ong kim swee ini menggalas cabarn hebat iaitu perlawanan menentang syiria bagi kelayakan sukan Olimpik...


sepanjang perlawanan yg sudah berlangsung selama 40 minit bagaimanapun masih berkeadaan seri o-O bagi kedua2 negara...


apepon kita mendoakan kejayaan sekali lagi utk malaysia...insyaAllah...

22 November 2011

ape daa !!!

mlm semlm seblom perlawan akhir malaysia Vs. indonesia aku ngn geng2 aku pegi la tapau mkn kt kdai mamak sbb ktaorg stay kat ofis tgk bola...tengah telek2 menu 2 tetibe mmbe aku tjk menu kat aku... mak oii ape ni "nsi putih" jadi "nasih puthi" tp lps 2 byk lg la yg kitaorg perasan smpai nk pecah perot ktaorg gelak 2 bru tgk menu da nk tergelak sakan... so sempat lg la ktaorg snap pic menu 2... korang layan jela pic ni then cari sndri ape kesalahnny... daa

qaseh marisa

saksikan lakonan mantap misha omar dalam Qaseh Marisa

logo for RTM sebagai penyiar rasmi sukan olimpik 2012







~ blue for TV1
    ~ orange for TV2

we ♥ u harimau muda !!!

susulan isu kuartet 4 x 400 meter lelaki

KOM JANJI RUNGKAI KEMELUT

KEMELUT yang melanda skuad olahraga negara pada Sukan Sea Ke-26 di Jakarta-Palembang termasuk kontroversi membabitkan kuartet 4 x 400 meter lelaki akan diperjelaskan selepas berakhirnya temasya berkenaan.
Presiden Kesatuan Olimpik Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia memberi tumpuan untuk menyokong atlet mencapai sasaran pungutan pingat keseluruhan bagi kontinjen negara.

Katanya, rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan terlebih dahulu kepada pasukan bola sepak negara yang akan mempertahankan pingat emas ketika menentang Indonesia dalam final Sukan Sea semalam.
Menurutnya, penjelasan mengenai semua kemelut yang berlaku termasuk jawapan bagi kekecewaan gandingan S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus Lasaleh yang terpaksa pulang tanpa menaiki podium Sukan Sea walaupun mereka menghadiahkan pingat emas buat negara.

“Malah ratu 400 meter lari berpagar, Noraseela Khalid yang turut menyumbangkan pingat emas dalam temasya berkenaan pernah meluahkan kekecewaannya terhadap KOM dalam laporan media baru-baru ini.

“Tidak semua yang dilaporkan di dalam akhbar tepat, sebaliknya banyak dakwaan tidak benar sama sekali.Memang ada dakwaan yang betul tetapi banyak yang tidak benar kerana saya percaya kenyataan itu datang daripada orang lain,” katanya.
Menurutnya, atlet seolah-olah diminta supaya menuduh KOM keseluruhannya sekiranya mereka mempunyai masalah dengan satu atau dua pegawai di dalam badan induk berkenaan.

Katanya, beliau percaya ada orang lain menjadi punca segala masalah dalam KOM dan sudah mengenalpasti siapa dalangnya namun tidak boleh menyatakannya sekarang sebaliknya akan dijelaskan selepas selesai Sukan Sea.


21 November 2011

tahniah harimau muda


Final Sea Game 2011 | Football | Penalty Kick

GOLD MEDAL : MALAYSIA
SILVER MEDAL : INDONESIA

Indonesia 1-1 MALAYSIA
-5' Gunawan (IND)
-33' Ashrarudin Putra (MAS)

Penalty Kick : Indonesia 3-4 MALAYSIA
-Mahali Jasuli
-Fandi Othman
-Fakri Saarani (missed penalty)
-Fadhli Shas
-Badrrol Baktiar (C)

penjaring gol malaysia yg pertama

mohd asraruddin putra omar


alhamdulillah terima kasih asra utk gol pertama malaysia pada separuh masa pertama!!! we love u~

selamat berjuang Harimau Muda


smoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita...
Gomo Malaysia Gomo - Klate
Peteh Malaysia Peteh - Ganu
Enjut Malaysia Enjut - Johor
Hobin Malaysia Hobin - N9
Kejor Malaysia Kejor - Perak
Haria Malaysia Hari - Penang
Pulun Malaysia Pulun - Kedah
Encang Malaysia Encang - Sarawak
Malaysia Tatap - Sabah
Ligan Malaysia Ligan - Perlis
Gegau Malaysia Gegau - Melaka
Viva Malaysia - Selangor
City Boys Malaysia - Kuala Lumpur
Ghempuh Malaysia Ghempuh - Pahang

18 November 2011

aku maafkan kamu - Malique & Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu

Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

mau beginikah ?

previous iklan sukan terbaik hanya di rtm...


aku terlupa plk nk pos iklan yg di buat oleh RTM utk edisi bola kelayakan separuh akhir sukan sea semalam... so saje je ni nk bykkan entry kat my blog...ehee~

saya prihatin...

bila aku baca kosmo keluaran ari ni 18/11/2011 psl ATLET 4x400 meter lelaki aku rasa sedih ngn nasib dorg ni...xleh ke hargai pengorbanan mereka dlm menyumbangkan emas tok malaysia, ni x asyik nk menganak tirikan aje...haisyy xfaham la...pape pon aku nk share sket cerita psl dorg tapi sumber ni aku dpt dari Kosmo la...ehee


berita 1

PALEMBANG - Skuad olahraga negara mencipta kejutan terbesar apabila kuartet 'bidan terjun' yang tidak langsung diletakkan harapan berjaya meraih emas dalam acara 4x400 meter lelaki semalam.
Penyertaan di saat-saat akhir itu tidak menghalang gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh untuk menyinar, sekali gus mengejutkan banyak pihak termasuk yang menghalang kedatangan mereka ke sini sebelum ini.

Kuartet itu mencatat masa 3 minit 10.47s untuk menewaskan juara bertahan, Thailand di tempat kedua dan Indonesia (ketiga). Catatan itu bagaimanapun jauh daripada rekod Sukan SEA, 3:05.47s.
"Kami berjaya menutup mulut mereka yang menghalang kedatangan kami ke sini. Kami berjaya buktikan dengan membawa pulang emas," kata Kannathasan.
Kejayaan kuartet 4x400 ini yang hanya baru tiba dua hari lalu akibat pelbagai halangan dan dengki khianat pihak tertentu bakal memberi satu tamparan hebat kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Ini kerana dalam menyenaraikan mereka ke Sukan SEA ini, berlaku tarik tali di mana pada peringkat awal mereka disenaraikan, kemudian digugurkan sebelum disenaraikan semula di saat akhir.
"Kami berjaya buktikan, walaupun datang di bawah kategori B dan di saat akhir, kami berjaya membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Sebagai rekod, kali terakhir kuartet 4x400 meter lelaki negara memenangi pingat emas pada temasya dwitahunan itu ialah edisi 2007 di Thailand menerusi rangkaian pelari Mohd. Zuslaini Mohd. Zafril, Zainal Abidin Muhammad Zaiful, Subramaniam Thipan dan Krishnan Amran Raj.
Sebelum ini, penyertaan kuartet emas negara itu berdepan pelbagai halangan ekoran beberapa kontroversi yang timbul membabitkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

berita 2
PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.
Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.

"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.


berita 3
AKHIRNYA dapat pingat. Setelah gagal untuk menerima pingat emas di Palembang disebabkan masalah menukar tiket penerbangan tempoh hari, barisan kuartet emas 4X400 meter negara menerima pingat masing-masing semalam.

Tiada sebarang majlis gilang-gemilang atau iringan nyanyian lagu Negaraku kedengaran, S. Kannathasan, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh hanya menerima pingat yang disampaikan jurulatih, Hamberi Mahat di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur semalam.
Selepas menerima pingat masing-masing, gandingan kuartet tersebut menerima tepukan daripada pengurus skuad olahraga negara ke Sukan SEA, Rajmah Sheikh Ahmad serta kira-kira 10 orang wartawan dan jurugambar yang hadir.

Malangnya, seorang lagi pelari negara, P. Yuvaraj sekali lagi terlepas untuk menerima pingat yang menjadi haknya kerana telah pulang ke Pulau Pinang untuk menghadapi peperiksaan.
Hamberi ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan berhubung insiden tersebut sambil menyifatkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) terutamanya Pengerusi Kejurulatihannya, Karim Ibrahim wajar dipersalahkan.
Kenyataan bahawa KOAM silap kerana memandang rendah kemampuan atlet tidak dapat diterimanya sama sekali.

Pasukan tersebut tidak hanya mendapat penerbangan lewat ke Palembang iaitu pada 12 haribulan yang menyukarkan mereka membuat persiapan, mereka juga tidak diiringi oleh jurulatih mereka, Hamberi, Tambukrishnan dan S. Jayabalan.
"Pengerusi kejurulatihan KOAM sepatutnya memiliki statistik yang kuat, perlu ada data-data, catatan masa dan kemampuan atlet.

"Bagi saya, jurulatih Tambukrishnan dan S. Jayabalan, kami sudah mengenal pasti kemampuan atlet kami. Sebelum sukan SEA, catatan terbaik (larian 400 meter) atlet Asia Tenggara 47.6 (saat) sahaja, sedangkan dua daripada atlet pasukan ini telah mencatatkan 47.7, seorang 47.8 dan 48.1 saat.
"Pasukan ini sepatutnya tidak boleh dipinggirkan, sekiranya dibandingkan dengan atlet kategori B yang lain, itu yang menjadi persoalan dan pengerusi kena jawab perkara ini," katanya.
Hamberi turut berpendapat pihak KOAM wajar untuk meminta maaf berhubung insiden tersebut.
"Kalau dia nak minta maaf, memang wajar. Bagaimanapun dia sepatutnya lebih telus, ini untuk negara bukan peribadi.

"Saya harap empat orang atlet ini diberi pendedahan lebih, walaupun mereka berlari dalam keadaan tertekan, mereka boleh buat sesuatu yang membanggakan negara.
"Ini termasuk juga dengan atlet lain seperti Roslinda Samsu dan Noraseela Khalid sentiasa dalam keadaan tertekan disebabkan pengurusan KOAM, namun masih boleh menyumbangkan sesuatu untuk negara," katanya.

kenapa smpai jd mcm ni...fikir2 kan lah..






Harimau Muda Vs. Indonesia 1 - O

Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya Sukan SEA 2011 kali ini.

friday quote !!!


Planning is an unnatural process; it is much more fun to do something. And the nicest thing about not planning is that failure comes as a complete surprise rather than being preceded by a period of worry and depression. - Sir John Harvey Jones



17 November 2011

sapekah yg akan menang ?



i'm need rest

i need a rest coz i'm toO tired already.... boss bole sy balik sbb otak sy da jammed... frankly speaking i'm now homesick... i miss my family really-really miss them...


bila kat kg mesti every evening kami kumpul rmai2 utk tea time...bestnya...ade plk kuih2 yg sedap2 yg my maa bt...pergg terbaek la!!!


 sambil2 tu rileks2 sambil baca novel...eheee

tu sma klu aku kat kg mslhnya skrg aku msl lg kat opis bt keje yg menyakitkan pale otak aku ni...sedeyh!!argghhhhh....

arah tuju hidup


dalam byk² anak panah ni mna satu pilihan korg...yg pasti dlm byk² ank panah ni pasti akn membawa seribu cerita...tapi andai kita tersilap pilih pasti kekecewaan bagi diri sendiri...

bahagia...kecewa...suka...duka...semuanya ada di depan kita cuma kita je yg perlu memilih di setiap jalan² tersebut...ingat jangan tersilap langkah...

please la !!!

klu da xleh nk jadi diri sendiri so mcm ni la jadiny...pakai ikut hantam kromo jadinya...klu santek 2 xpe la tapi aku yg nengok pon da mcm nk golek2 comey je kat lantai ofis ni nengok ko pkai da mcm makcik2 da...


p/s jadi la dri ko sendiri...jgn nk ngikut org lain je...

14 November 2011

keputusan penuh Malaysia Vs. Kemboja

JAKARTA - Atas kertas, skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) Tahun negara kini berada di landasan terbaik untuk menjejakkan kaki ke peringat separuh akhir temasya Sukan SEA 2011. Semalam, skuad Harimau Muda itu mengutip tiga lagi mata berharga apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Kemboja.

Kemenangan itu menyaksikan mereka mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan sekali seri. Pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, barisan Harimau Muda tampak mudah menguasai tempo permainan dengan menguasai setiap penjuru padang.

Seawal minit kelima, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor telah menguji benteng Kemboja, mujur percubaannya ditepis penjaga gol, Sou Yaty. Berselang dua minit kemudian, giliran penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan pula menguji gawang Kemboja, namun percubaannya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol lawan.

Bagaimanapun, Izzaq kembali menebus kesilapannya itu apabila menanduk masuk gol pembukaan Harimau Muda seminit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang pemain sayap, Yong Kuong Yong.
Dengan penguasaan di bahagian tengah yang diterajui kapten Baddrol Bakhtiar, Kemboja jelas sekali sukar menembusi kawasan penalti Harimau Muda sehingga Khairul Fahmi Che Mat tidak perlu bekerja keras menjaga gawang.

Pada minit ke-36, Baddrol berjaya merobek gawang Kemboja apabila rembatannya dari jarak 25 meter gagal ditangkap kemas Sou Yaty. Baddrol menambah koleksi jaringannya pada temasya Sukan SEA 2011 apabila meledak gol ketiga Harimau Muda menerusi sepakan penalti pada minit ke-40.

Sepakan penalti tersebut berpunca selepas Izzaq dijatuhkan pemain pertahanan Kemboja, Sok Rithy dalam kotak penalti. 

Berbeza dengan skrip pada babak pertama, benteng Harimau Muda yang diterajui Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas terpaksa bekerja keras bagi mengekang asakan Kemboja di babak kedua. Kemboja dilihat lebih garang dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Harimau Muda sehingga menyebabkan Khairul Fahmi 'tidak senang duduk'.

Gawang Harimau Muda akhirnya bocor juga apabila Khairul Fahmi gagal menyelamatkan rembatan kencang Chhin Chhoeun pada minit ke-59. Pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria melengkapkan gol keempat Harimau Muda pada penghujung babak kedua.

Sementara itu, Indonesia mara ke separuh akhir selepas menewaskan Thailand 3-1 malam tadi. Kekalahan itu menyaksikan Thailand sekali lagi gagal melayakkan diri ke semi final selepas turut mengalami nasib yang sama pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Sumber:Kosmo

13 November 2011

Malaysia Vs. kemboja

negara manakah yg akan memenangi perlawanan ini... sudah semestinya malaysia yg akan memenangi perlawanan ini...

yeahh!!! tu dia gol pertama malaysia pada minit ke 7 telah di jaringkan oleh izzat Faris...go malaysia go...


so sma2 la kita nantikan keputusan penoh perlawanan ni nti erk...slmt menonton...


p/s ~ sukan terbaek hanya di RTM...ehee

Tuhan Menguji xkan terhenti


jangan sesekali kita bersedih debgan ujian yg mendatang dlm hidup kita kerana sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua ujian ini... kita sebagai manusia dan hamba Allah haruslah menerimanya...
Berkata Abu Umamah ra, bahwasanya Nabi saw bersabda: ”Allah telah berfirman:
Wahai Malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala”
Maka para Malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para Malaikat lalu kembali mengatakan, ”Wahai Tuhan kami! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan.
Berfirman Tuhan: ”Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya”. 

11 November 2011

penampilan khas...

dis is my new cat after my old cat name "mitchie" died 2 month ago and my new cat name tikus mondok "cencorot"... wat so funny...


akhirnya tiba jua...

epi weekends u olls...


11.11.11

finally 11.11.11 tiba juga...sma org tertggu2 dis date tp bg aku la kn 11.11.11 same je xde yg special sgt pon... tp maybe dis date bermakna bg sesape yg bakal melangkah ke alam lain like alam pertunangan ke alam perkahwinan ke... tahniah di ucapkan kat mereka sma...


pape pon enjoy dis date bg sape2 yg tertggu2 dis date... ~

O.M.G

petang selasa ari 2 msa aku ngah syok tonton cite "Tentang Dhia" tetibe my mom col...cehhh aku igtkan sbb nk bgtau brg2 aku ade yg tetinggal kt kg sbb ari 2 aku bru balik kg smbt ari rya aji... tp lain plk rupanya....

O.M.G rupa2ny ade org merisik aku tok d buat isteri...kuang...kuang...kuang klako gila... selidik pny selidik ngn my mom bdk laki 2 muda lg kot bru 24 taun sebaya ngn aku...

but at last aku bg kata putus i'm said "NO" becoz aku msh lg muda...ehee ~

09 November 2011

layak ke di panggil kawan...

kawan... friend... pengyou...
istilah yg xpenah asing kat dunia ini wlu ianya di sebut dlm bermacam2 bahasa tapi ianya membawa kepada satu maksud iaitu sanggup bersama2 mengharungi susah dan senang bersama2 kita... tapi klu tidak ada pengorbanan tersebut maka pincanglah persahabatan tersebut...


kawan... sahabat... teman... adakah membawa mksd yg sma ataupun berbeza... hny org2 tertentu shj akan menilai setiap ungkapan tersebut...


hari ni aku nk bercerita sket psl sahabat... sma org mencari shbt sejati dlm idop mereka tetapi adakah ketemu atau tidak hanya nasib yg menentukanny... klu kita seorg yg mencuba utk menjaga hati kawan kita ianya tidak layak utk di panggil sahabat sejati...


semua org tentu penah merasai di khianati oleh sahabat sendiri, di pulau oleh sahabat sendiri, gado dgn shbt sendiri.... of course penah kn...


jika diberi peluang oleh Allah S.w.t kita berjumpa dengan sahabat yg sggp ssh senang bersma2 oleh itu jga la ia dan jgn kecilkan atiny...dan insyaAllah Tuhan juga akn menjaga hubungan tersebut...insyaAllah...amin!!!

04 November 2011

Orang terakhir

kat sini aku nk share sumthing dan pastinya semua org penah mengalaminya di mana kita menjadi pilihan terakhir jika sudah tiada sape2 lg yg boleh di tolong... tapi disini yg aku nk berkongsi adalah apabila terpaksa menjadi org terakhir dalam menyelesaikan sesuatu kerja... papepon layan je situasi yg cuba aku nk terangkan kat bawah ni...

Di suatu petang yang sunyi apabila tiada lagi pekerja yg sentiasa sibuk melakukabn tugas masing-masing kerana telah pulang untuk merayakan hari raya haji...tetibe tefon ofis berbunyi dan sorang umat Allah pon mengangkatnya:

Hamba Allah: ello ********* bole sy bantu..

Bos: ello... Lia ada...

Hamba Allah: Zeti Xde dia da cuti.

Bos: So sape yg ade kt ofis

Hamba Allah: Ofis da kosong bos da xde sape pon juz ade bpe org je..

Bos: mus ade x.

Hamba Allah: Pon Xde  Bos

Bos: Syah Ade.

Hamba Allah: Xde

Bos: so sape ni:

Hamba Allah: Sy Hamba Allah

Bos: Okey can you help me to do some job

Hamba Allah: Bole ape bos

Bos: bla...bla...bla...

Hamba Allah: ok i do it

haa...so kesimpulannya betapa kecewa bla kita menjadi org terakhir utk menyelesaikan sesuatu keje apabila xde sape2 lg mmpu menolongnya...
tapi watch out ngn bos korang maybe korang pon akan jadi Orang Terakhir gak suatu ari nti bg sape2 yg xpenah mengalaminy...

** diamku adlah memerhatikan org2 di sekelilingku...


02 November 2011

diam salah bising pon salah...

apa sebenarnya manusia2 di muka bumi ini inginkan... masih tidak puas ati kah lagi mika2 ini...
hari ini jari jemariku lancar menaip di keyboard utk memperihalkan satu isu mengenai sikap xpenah bersyukur manusia2 ini di muka bumi...

salahkan klu seseorang itu menjadi pendiam di tempat keje mereka... diam mereka bknnya tak buat keje pon... dorg buat la so mcm mna pula dgn yg bermulut bising pula... nnti dikatakan mereka ini byk mulut dan busy body...

hai... diam slh, bising pon ssalah abs nk mcm mna lg... papepon kita sbgai makluk di muka bumi ini amat susah utk memenuhi kehendak semua org lebih2 lagi bos yg mmg byk songehnya... so ati2 bila dpt bos sperti ini...

** diamku bukan bererti aku diam tetapi aku memerhati segenap kelilingku... so watch out !!!

01 November 2011

today is 01/11/2011

wah2 kejap je ase pejam celik pejam celik tup..tup ari ni da msok 1 nov 2011 da... time always running so faster... sy percaya mst sma org pikir benda yg sma kn... smpaikan ape yg kita bt dlm 2011 ni msh jua kita xtau ape yg berlaku...

tapi pape pon enjoy dis november...chill laa...

31 Oktober 2011

perempuan

perempuan adalah makhluk yg di lahirkan dengan penuh kelembutan... perempuan juga adalah insan yang di jadikan dari tulang rusuk kaum adam tetapi jika perempuan iti tidak mampu untuk menjaga maruah diri apabila menunjukkan sifat-sifatnya seperti:

  • pantang melihat lelaki dahi licin - melalui pengalaman aku slma ni yg memerhatikan kwn2 dan org2 sekeliling aku. so aku dpt membuat konklusion aku then aku bukian nk menyalahkan mna2 pihak tapi itulah hakikat yg perlu aku akui... bukan utk menjatuhkan kaum sendiri tapi sikap mereka yg memmang lurah sebegitu yg mana pantang melihat lelaki dahi licin..slma ni kta hny mendgr perempuan dahi licin tapi skrg lain pula... luaran sahaja belum tentu menunjukkan peribadi mereka yg sebenar... nmpk saje mcm warak tapi bila ade lelaki dahi licin sket.. pantang sahaja menggedikiny... agak2 la sket... ko pkai da mcm mak arab da tapi perangai hny Allah yg tau... 
  • ketawa dgn kuatny - apabila berada di mna2 tempat tidak kira di mna mereka berada... mereka ini tidak segan silu ketawa dgn kuat skali sehingga menjadi tumpuan semua org... ssgh memalukan mereka2 ini.. tp bg mereka xde ape pon yg memalukan malah mereka dgn sengaja ketawa kuat2 untuk menunjuk2 kpd org lain..
  • mencari perhatian murahan - wanita ini akan mencuba utk mencari perhatian sma pihak terutamany apbila mereka tidak sihat or hal2 peribadi mereka. apabila mereka jatuh sakit seperti demam, selesema , period pain or watsoever mereka akan cuba menarik perhatian org2 d sekitar mereka utk menyatakan bahawa mereka ini sakit supaya org lain akn memberi perhatian yg lebih kepada mereka. what a shame... mmg memalukan...
so, drpada pemerhatian aku slma ini, byk skali aku melihat perempuan2 seperti ini... wahai perempuan jagalah  tingkah laku dan maruahmu jika tidak mahu di pandang rendah...

DIAMKU ADALAH DIAN MEMERHATIKAN KEADAAN SEKELILING KU !!!

08 September 2011

sending to yOu !!!

sewaktu ku melangkah...
meninggalkan dirimu...
sebaknya rasa dlm dadaku...
menahan titis air mata...
ingin aku berpesan...
kpd mu oh kekasih...
sekiranya engkau resah dan xlena...
itu la hembusan rinduku...


jika ada kesilapanku...
maafkan la diriku oh syg...
dan izinkan aku bertanya...
mengapa kau berubah hatimu...
*******************************************************

september coming again...

ni first entry aku tok bulan september ni... dan hari ni gak aku first msok keje lps semggu cuti raya... mlm td da la kul 1 pagi bru smpai kl setelah menempuh perjalanan yg agak jauh dri kelantan ke kl...


hurmm... ape yerk nk tls.. pape je la...uhuuu... ngantok + letih + mood kat kg lg...uhuuu

26 Ogos 2011

last day at office at pkns Tower

Mood: excited


today is friday...why friday becoz esk da nk balik kampung nak sambut raya kat sana... bestnya sbb da lma xblik kg... rindu kat ma, ayah, adik2, kampung halaman... wahhh bestnya... lagu2 raya yg baru da siap download da sbb nk ganti lagu2 rya yg lma yg xbpe nk membantu soundny...


Mood: syukur Alhamdulillah


sebab klien yg baik hati sudi bg hamper yg gedabak ni kt kami sma kat ofis ni... smoga tuhan merahmati kalian semua... Amin!!!


Mood: kepala pusing


sebab memikirkan bagaimanakah caranya saya nak membawa balik barang2 ni sma... sbb aku kna pegi ke LRT kelana jaya jumpa akak kt sna then bru pegi ke subang umah akak yg sorang la... insyaAllah sebelum subuh ktaorg akan bertolak balik ke kelantan nti... doakan perjalanan kami lancar dan kami selamat sampai ke destinasi..


Mood: sedeyh


sebab ramadhan dah nk habis dn syawal bakal menjelma... taun ni mcm xcya puasa da nk abes... cpt sgt msa berlalu... 


Mood: bermaaf-maafan


disini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak kemaafan kepada semua kawan-kawan saya andai ada terasa dengan saya... sepuluh jari saya susun untuk memohon kemaafan dari kalian sma... harap o-O antara kita sma...



23 Ogos 2011

please come back toO us najmi !!!!

tanggal 14 Ogos 2011 aku menerima satu pesanan ringkas daripada kak ina mengenai anak nya masa 2 aku xperasan sebab aku ngah cakap kat phone ngn mmbe aku...

k.ina: bee, anak k.ina masuk icu kritikal kt hukm.. si najmi. masuk wad kul 4.30 ptg tadi sbb tcekik.. bernafas mggunakan alat bantuan penafasan.. doakan ank k.ina selamat...

terkejut gla aku bla tgk msg k.ina...tros aku col k.ina... bla dgr cite dri k.ina dia kta najmi tercekik epal... so, tanggal 16 ogos 2011 kami mmbe2 ofis pegi tgk k.ina... ya Allah hny tuhan yg tau mcm mna perasaan aku msa 2 bla tgk kdaan najmi... tubuh yg kecil bernafas hny gna mesin dan wajahnya seperti dia sdg tidur ngn lena skali...

tak dapat aku bygkan klu najmi pergi tok slma2ny... ya Allah tolonglah tunjukkan lah kebesaran mu sempena menyambut hari raya ini.. kau smebuhkanlah najmi... janganlah di ambuil anak yang kecil ini...

lagi aku tersentuh bla aku teringatkan bila k.ina sllu bawa najmi ke ofis aku sllu dukung dia dan main2 ngn dia... tapi sekrang sma 2 da xde... suara dia aku da xleh nk dgr da... kepada kak ina dan abg mat bwk byk2 bersabar menghadapi ujian ini..

pesanan tok k.ina: k.ina org rindu nk gelak ketwa ngn k.ina... nk bergosip ngn k.ina... tp org tau k.ina dlm situasi yg genting... bwk byk bersabar... smoga najmi sembuh seperti dahulu...

acik rindu najmi...



ni la pic terbaru najmi masa dia kat hukm ari 2... sedih sgt2 tgk kdaan dia...


***doakan najmi cepat sembuh..

10 Ogos 2011

Abang tunggu mak di syurga

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).