Halaman Rumah Aku

Nuffnang Ads

Pengikut

25 Februari 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Gunakan seluruh pancaindera
-Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



24 Februari 2011

lalalaalalaala....

bca tajuk pon da tau ake xde idea nk tls tp nk jga tls...heheheh...sje je nk bykkn entri dlm blog aku ni... hurmm nk download lagu byk plk problem yg timbul ayik kuar company policy je... apesal la plk slluny ok jerk...haisyhhh sje je dengki ngn aku la 2 sbb sllu dok download lagu kt 4 shared ni... so da xtau nk bt da ni...layan lagu jap sambil2 surf tenet ape yg patot...

hurmmm rupan2ny da nk msok 3 bln da aku parktikum kt RTM ni... da byk benda da yg aku blaja n da byk cerita da yg aku tau psl RTM ni...  lps ni da nk abes da praktikum pas 2 da nk berdepan dgn dunia pekerjaan yg sebenar da... mcm2 perkara bermain kt otak aku ni mcm mna nk hadipi interview... aku ni jenis ssh nk bka mulut tp bla aku da bka ssh aku nk benti ae ssaje yg aku rsa nk ckp aku akn ckp... nnti nk keje ape ea... aku ni minat business so ade sorg kawan aku pernah suggest kt aku nti bka la kdai jual spare part kete sbb dia kta senag sket market dia luas... ermmm tgk la mcm mna nti... papepon aku kna la cri pengalaman kerja ngn org dulu... kerja ape pon xpe jnji halal...


ermm...ape lg erk nk tls...ase2ny da xde kot... ok la klu mcm 2 nk stop dlu la... laen kali aku tls lg...
bunga ni aku sje je ltk... my feveret flower gitu... hehehe




22 Februari 2011

my bEloVed Family...

why i luv my family ???? ...
__________________________________________________________________________________


sebab sy ade ayah yg tegas & penyayang iaitu En. ISMAIL BIN HAMAT... sy jga ade ibu yg penuh dengan ksh syg yg xterhingga kpd sy dan adik beradik iaitu Pn. KHASIMAH BINTI JUSOH...


sy jga ade dua org abg, tiga org kakak dan tiga org adik...


abg yg sulong nmany KHAIRUL AZMAN yg sudah pon beristeri dan nmany LENNY GUSTINA bersma2 dua org puteri mereka iaitu NOR MAIZATUL SYAZWANA dan NOR EZATUL NATASYA...tp xlma lg diaorg bakal dpt BABY baru...heheheh


abg sy yg kedua pula bernma KHAIRUL AZLI jga sudah berkahwin dengan ROHAIZAN... MOHAMAD KHAIRUL AFIQ merupakan putera sulang mereka yg berusia setahun 1 bulan...


haa ni pla psl akak sy yg first nmany NOOR ZAHARMAWATI msh lg single n available... tinggal kt subang jaya n kerja sbgai ekxekutif akaun...huhuhu..


so, akak sy yg second pla nmany ROSE SALWANI tggl kt damansara tp da pon berpunya... hik3... sllu gado2 ngn dia tp gado2 adik beradik je la kn... huhuhh


SURYANTIE pla akak sy yg ketiga dan da pon bertunang dengan FIKRI HANAFI... akak sy ni tinggal n kerja kt n9... haa tunangny pon mmg org n9... hehehe


adik2 sy smany 3 org... 2 boy n 1 girl... yg first nmanya KHAIRUL AZWAN kerja kt sepang n tggl kt n9...


KHAIRUL AZREEN pla adik lelaki sy yg kedua... msh lg bersekolah dlm tingkatan 6 ats... dia ni nk kta playboy xjga tp ade la jga sket2... huh gatei sggh adk aku ni... ska psg awek rmai2... kah4...


adik aku yg gurl plk n merangkap adik yg bongsu dlm family pla nmany NOOR ZULAIKA... study form 3...
___________________________________________________________________________________


haa 2 la serba sedikit ttg my beloved family... wlu sllu gadoh2 tp ikatan kami adik beradik xkn pts smpai akhr hayat... alaa org lain pon sllu gak gadoh tp itulah yg menyatukan dan mengeratkan lg kami semua...


plg sy suka klu kmi berkmpl rmai2 terutamnya bla raya... dpt kms rmh, msk n gadoh rmai2...hahaha...


so, sygi lah family anda....


mmmmmmuuuahhhhh.... luv u foreva....





fenomena alam (13 Feb 2011)

kawan2 jgn keliru tau ngn tajuk ni...heheh...sebenarnya sje je nk wat suspen... da real story sbnrny pasal petang semalam dlm kul 5.30 ptg lps aku tgk cite puteri impian tetibe je rse ngatok so aku pon landing2 la ats toto kesayangan aku ngn house mate aku ni...yg hose mate aku ni ngah syok layan cite korea cinderella sister... so aku ape lagi memulakanlah aktvt merehatkan mata aku ni....

dlm kul 6.15 ptg tetibe je aku tersentap... dalam mamai 2 aku terkejut bunyi apekah itu sghh kuat dan dasyat bunyiny... owhhh rupa2ny hujan tp dlm wktu yg sma kilat ngn gurh juga xbenti2... da la kuat bunyiny... so scary...

tetibe je otak aku ni memikirkan benda yg xsepatutny...hahahah... aku cuba bygkan mcm mna la klu berlaku peperangan nti nk mkn ape... dlm aku dok berfikir 2... guruh berdentum pny la kuat...sentap jantung mak dek... hurmm pas 2 aku terigt la pulak kain yg aku sidai xangkat2 lg...ouchhh mst da kna tempias air hjn... dalam ati berkata2 "biar je la, lgpon mls nk bgon...huhuh mls btol la aku ni..."...

hehehe... haa 2 je la sbnrny cite yg aku cuba nk smpaikan... sowie erk...



opsss... ni sje je ltk... gediks la plk... heheheh


life is unpredictable...



hurmmm....hidup mmg sesuatu yg sukar tok di ramalkan...why i'm said like dat?? because sometimes ape yg seseorg itu nk tp xdpt2 but kdg2 bla kta xnk sng je dpt... begitu juga dgn cinta... aku sebenarny bukanlah seorg yg berjaya dlm percintaan tp aku jga penah la bercinta... wlu setia mcm mna sekalipun kita ni dlm percintaan psti akn ade antara pasangan kita ni yg akn buat hal...

kdg2 org yg sllu mainkan perasaan org dlm bercinta sng je dpt pengganti tapi adekah penggantiny juga sma perangai dgn dia...hrmmm tu sma Allah huallam...

tp kenapa begitu sng mmbri cinta dn begitu senang menamantkan cinta itu... xde nilaikah bagi meraka cinta yg mereka berikan...

ape pon... C.I.N.T.A mstlah di jaga tapi cinta kepada Allah yg satu adalah cinta yg hakiki dan kekal tuk selama2ny... cinta dunia hnylah sementara tapi perlu juga dalam kehidupan kita kerana dgn cinta akn melahirkan zuriat dan keturunan yg di inginkan dlm islam...

so, jga lah cinta anda.... *_-V...